Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha buat semua kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia. Ingin berkongi sedikit tentang perayaan ini. Agak menarik untuk diketengahkan perkara ini untuk kita sama-sama tahu pengertian disebalik perayaan ini. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.".

Jadi jika dhayati, korban yang dimaksudkan ialah berkorban untuk menyucikan diri. persoalannya adakah kita dah bersedia untuk berkorban untuk berubah dari meninggalkan perbuatan yang tidak diredai olehNya? Jangan hanya kita menyambut Aidil Adha tetapi kita tidak memahami pengertian disebalik isi kandungannya.

Renung-renungkan

No comments:

Post a Comment