Monday, May 16, 2011

Salah siapa?

Assalammualaikum...
Lama dah rasanya tak bloging2 ni..hee..maklumlah terlampau sibuk sampai nak menulis pun tak sempat. baru-baru ini, tak lah rasanya baru kot, saya ada terbaca tentang isu pemakaian tali pinggang ketika memandu. berikut merupakan keratan akhbar tersebut:-

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila hanya empat daripada 35 penumpang kereta didapati mematuhi arahan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang walaupun sudah genap dua tahun peraturan mengenainya dikuatkuasakan kerajaan sejak 1 Januari 2009.
Tinjauan Metroplus baru-baru ini mendapati majoriti pengguna jalan raya masih tidak menghiraukan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang belakang ketika di jalan raya seolah-olah mencabar undang-undang negara. Malah, tinjauan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran pusat beli-belah Sogo mendapati kebanyakan pemandu masih lagi mengamalkan tabiat lama iaitu memandu tanpa mengenakan tali pinggang keledar. selain membawa lebih penumpang.

Rasa macam kelakar pula bila ada perkataan MENGEJUTKAN sebab seolah-olah baru sedar yang masih ramai pengguna jalan raya di Malaysia yang masih tidak mematuhi pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang walaupun sudah 2 tahun dikuatkuasakan. Adakah sikap sambil lewa kita yang tidak mengambil kisah tentang keselamatan atau sikap penguatkuasa yang tidak mengambil peduli tentang hal ini? mari kita lihat seterusnya petikan akhbar ini
Ada juga yang masih berdegil dengan arahan pemasangan alat keselamatan berkenaan biarpun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan arahan agar pemilik kenderaan persendirian yang didaftarkan pada atau selepas 1 Januari 1995, diberikan tempoh pemasangan selama tiga tahun bermula dari tarikh berkenaan.
Eksekutif, Azwani Zam Abdul Rani, 35, berkata, tahap kesedaran pemandu negara ini mengenai perlunya pemakaian tali pinggang itu bagi tujuan keselamatan masih rendah dan tidak ramai mematuhinya, malah menganggap ia satu perkara remeh.

Ya! pengguna jalanraya yang degil. dahlah taknak pasang lepas tu menganggap perkara ini remeh kerana tidak perlu adanya tali pinggang keselamatan. kalau dah tiada buat ape nak pakaikan? kalau ade pun belum tentu pakai. memang salah kita.

“Setiap hari, kita terdedah dengan kemalangan sewaktu berada di jalan raya. Ramai yang tidak menyedari risiko itu, sebab itu isu peraturan pemakaian tali pinggang belakang ini dipandang sepi kebanyakan pemandu.

“Mereka berbuat demikian jika terserempak anggota penguat kuasa bertugas atau pun sekatan jalan raya, jika tidak, peraturan ini seperti tidak diendahkan,” katanya.
Itu perkara biasa jika kita lihat sekeliling kita bila tiba-tiba ada sekatan jalanraya..semua kelam kabut memakai tali pinggang. takut kena saman la katakan..

Bagi arkitek, Siti Marsitah Rosly, 30, penguatkuasaan yang longgar menyebabkan orang ramai mengambil kesempatan untuk melanggar peraturan dan ia dapat dielakkan sekiranya pihak berkuasa mengenakan denda yang maksimum kepada pesalah lalu lintas terbabit.

“Persepsi ‘saman boleh bayar’ perlu diubah untuk memastikan segala peraturan yang dikuatkuasakan dipatuhi segenap lapisan masyarakat khususnya pemandu kenderaan kerana ia membabitkan keselamatan nyawa orang ramai. Hanya denda yang sesuai menyedarkan mereka betapa pentingnya menjaga aspek keselamatan di jalan raya,” katanya.
Kiranya sesiapa yang tidak memakai tali pinggang ketika memandu adalah pesalah lalu lintas? saya sokong jika dikenakan denda yang sesuai bagi menyedarkan orang ramai tetapi kadang-kadang saya rasa keliru sebab siapa pesalah lalu lintas sebenarnya?yang berkuasa untuk melaksanakan peraturan ini pun tidak pakai tali pinggang juga jika memandu. saya banyak kali juga kena saman sebab tidak memakai tali pinggang ketika memandu. ada sekali..eh banyak kali rasanya ditahan ketika sedang memandu. bila ditahan, rupanya kerana saya tidak memakai tali pinggang. memang salah saya, tetapi bila bertanya "tadi masa encik memandu pakai tali pinggang tak?". "pakai" jawabnya. kesian kat saya sebab mungkin mata saya ini rabun kot.takpe lah..

Moral dari cerita ini, jika ingin seperti negara maju yang penduduknya mengikut segala peraturan, hendaklah yang menguatkuasakan peraturan itu mematuhi  peraturan untuk menjadi sebuah ikon.