Monday, November 15, 2010

Pendidikan

Assalamualaikum w.r.t

Lama tidak mempebaharui blog ini. Sibuk dengan peperiksaan akhir sehinggakan masa begitu terhad. Di sini sya hendak berkongsi sedikit tentang sistem universiti di Malaysia dan di luar. Bukan untuk membuat perbandingan, tetapi untuk kita bersama-sama berfikir (fikiran luar kotak) tentang sejauh mana hasil yang akan kita dapat selepas kita tamat atau habis belajar.

Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt.

Baik, pertama saya ingin menyatakan tentang senario pendidikan di Malaysia terutama Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Senario ini aialah senario yang menggabungkan semua ciri dengan mengambil kira semua matlamat, perancangan dan strategi dalam pendidikan negara yang ingin dilaksanakan pada masa depan. Senario ini mengutamakan ilmu pengetahuan sebagai kaedah utama dalam menjana kekayaan tanpa mengorbankan nilai kemanusiaan dan alam sekitar.

Tapi persoalannya, bagaimanakah untuk menjana kekayaan dengan ilmu yang di bekal selepas tamat belajar kelak? 
          A) Bekerja sebagai orang bawahan majikan?
          B) Menjadi seorang usahawan dengan kepakaran bidang masing-masing.

Tentu anda semua akan memilih B sebagai jawapannya. Tetapi bagaimana untuk memulakan perniagaan sendiri tanpa modal jika tamat belajar kelak?
          A) Bekerja sehingga cukup modal
          B) Membuat pinjaman perniagaan

Jika anda memilih A sebagai jawapan anda, Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan untuk betul-betul kukuh dari segi modal perniagaan?
Jika anda memilih B sebagai jawapan anda, siapakah yang dapat memberi pinjaman kepada pelajar yang baru tamat belajar untuk memulakan perniagaannya sendiri? Dari seribu peserta yang hadir, hanya seorang dua sahaja yang dapat meminjam. Bagaimana dengan yang lain? Bagaimana untuk mencapai senario yang dibuat/dikaji oleh pihak kerajaan untuk menjana kekayaan tanpa mengorbankan nilai kemanusiaan dan alam sekitar sedangkan kita tahu bahawa punca rezeki itu adalah 9/10 dari perniagaan.

Memang tidak akan habis persoalan yang timbul tetapi mengapa kita tidak mempelajari dari negara-negara yang lain atau bangsa-bangsa yang lain yang berjaya mewujudkan dikalangan rakyat atau bangsa mereka kaya? bukan untuk merebut-rebut kekayaan dunia, tetapi dengan cara ini sahaja, agama sesuatu bangsa dapat dimartabatkan dengan mendominasi ekonomi global.

Mari kita lihat bagaimana bangsa lain mendominasi ekonomi sehingga kita tidak mampu untuk berbuat apa untuk mempertahankan agama kita. Berikut merupakan petikan kajian dari Dr. Stephen Carr Leon tantang pendidikan bangsa yahudi.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Di sini kita boleh melihat perbandingan yang amat ketara. Jelas mereka telah memikirkan perkara ini dan sekarang dunia tidak mampu berbuat apa-apa dengan apa yang mereka buat kerana mereka telah mendominasi ekonomi dunia.

Renung-renungkanlah bersama.
 
 


2 comments: